Skip to main content

PROGRAM BIASISWA YAYASAN DIRAJA SULTAN MIZAN

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Dimaklumkan Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) adalah sebuah badan amal yang telah dilancarkan  pada 19 Julai 2005 di Kuala Terengganu. Yayasan ini merupakan ilham Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, serta diasaskan dan dipengerusikan sendiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Tujuan utama YDSM adalah untuk membantu dan memberi sumbangan ke arah usaha meningkatkan taraf sosioekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat negeri Terengganu khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Usaha yang dilakukan oleh YDSM adalah untuk menyokong dan melengkapkan pelbagai program dan projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan serta pihak-pihak lain. Dalam mencapai tujuan tersebut, YDSM telah menjalankan pelbagai program dan projek, antaranya ialah Program Biasiswa YDSM. Program Biasiswa YDSM adalah Khas untuk pelajar yang menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) sahaja.

Oleh itu, pada tahun ini YDSM bersetuju untuk memberi penajaan kepada pelajar yang berminat bagi menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) di luar negara. Bidang pengajian yang dipilih adalah berkaitan Governan Alam Sekitar dan Sosial (Environmental, Social and Governance (ESG)) iaitu merangkumi bidang strategik semasa iaitu kemampanan, pembangunan sosioekonomi, pendidikan dan teknologi AI.

Antara syarat-syarat bagi pelajar yang diperlukan adalah sebagaimana berikut:

  1. WARGANEGARA MALAYSIA (Keutamaan Kepada Anak Terengganu);
  2. Telah tamat pengajian Sarjana (Master) dalam bidang yang berkaitan;
  3. Pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (PhD);
  4. Bersedia untuk belajar di LUAR NEGARA.

Bersama ini dilampirkan maklumat kriteria calon pelajar yang diperlukan dan borang permohonan biasiswa untuk rujukan dan hebahan. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan pegawai YDSM Encik Mohd Hapizul bin Ibrahim di talian 019-9302100 atau 09-6251131.

Tarikh akhir bagi penyerahan borang permohonan biasiswa ini adalah pada atau sebelum 30 April 2026.

Borang yang telah siap diisi hendaklah dihantar ke alamat:

Yayasan DiRaja Sultan Mizan

Pekarangan Istana Badariah

Jalan Sultan Mahmud

20400 Kuala Terengganu

dan juga email ke:

yayasandirajasultanmizan@gmail.com

Leave a Reply

Close Menu

About YDSM

Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Perkarangan Istana Badariah, Jalan Sultan Mahmud 20400, Kuala Terengganu, Terengganu, MALAYSIA

Tel : 09-625 1131, 626 1131
Faks : 09-623 1131

Emel :
yayasandirajasultanmizan@gmail.com
media.ydsm@gmail.com