Skip to main content
27 September 2026 | AHAD
 
Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur
 
Alhamdulillah, selesai sudah Karnival Jualan Agro Makanan dan Kraf (JAMAK) 4.0 yang dihadiri oleh lapisan penduduk di sekitar TTDI.
 
Pelbagai produk makanan dan bukan makanan dipamer dan dijual di Karnival yang berlangsung dari 8.00 pagi – 1.00 tengah hari tersebut yang menghimpunkan Usahawan-Usahawan dari Terengganu dan Usahawan yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
 
Karnival juga diselitkan dengan acara tambahan seperti Kuliah Dhuha dan Pertandingan Mewarna serta penyerahan sumbangan kepada Tabung Dana Masjid At-Taqwa.
 
Terima kasih kepada semua pihak yang menyokong perjalanan Karnival JAMAK pada tahun ini.
 

Leave a Reply

Close Menu

About YDSM

Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Perkarangan Istana Badariah, Jalan Sultan Mahmud 20400, Kuala Terengganu, Terengganu, MALAYSIA

Tel : 09-625 1131, 626 1131
Faks : 09-623 1131

Emel :
yayasandirajasultanmizan@gmail.com
media.ydsm@gmail.com