KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL-WATHIQU BILLAH SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN, D.K.T., D.K.R., O.K., D.K.M., D.M.N., S.U.M.l., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K.(Perlis), O.K. (Johor), O.K.M.B. (Brunei), O.K. (Perak), O.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), O.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d'Honneur (France), The Most Auspicious Order of The Rajamitrabhorn (Thailand), Collar De La Orden AI Merito De Chile (Chile), Necklace of Independence (Qatar), Bintang Republik Indonesia ADIPURNA (Indonesia) IBNI ALMARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH, Sultan dan Yang Di-Pertuan Bagi Negeri Terengganu Darul Iman Serta Segala Jajahan Takluknya
YBhg. Dato’ Haji Mohd Fadzli bin Yusof
“Semoga laman sesawang ini akan menjadi jambatan yang dapat menghubungkan secara langsung anda dengan YDSM. Sesungguhnya sokongan dan dokongan anda amat penting dan sentiasa diutamakan dalam usaha YDSM mencapai matlamatnya: mempertingkat dan memperkasakan sosio-ekonomi serta budaya rakyat Terengganu khasnya dan Malaysia amnya. Laman sesawang ini adalah untuk anda dan kepada anda”.
YBhg. Dato’ Haji Azizulrahim bin Ahmad Zambri
Salah satu Matlamat YDSM adalah melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk golongan rakyat miskin, terpinggir dan berpendapatan rendah dengan cara memperkasakan ekonomi mereka. Bagi tujuan tersebut, YDSM menjalin kerjasama erat dengan pelbagai pihak untuk mendapatkan tajaan, sumber dana dan tenaga bagi bersama-sama melaksanakan usaha murni ini yang memberikan impak besar kepada golongan sasar. Sesungguhnya sokongan dan dokongan daripada semua pihak amat penting dan sentiasa diutamakan dalam usaha YDSM mencapai matlamatnya. Justeru itu, Laman Web YDSM ini merupakan jambatan kepada semua pihak untuk berhubung dengan YDSM secara langsung.
YBhg. Dato' Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa
Alhamdulillah, dengan adanya platform seumpama ini, masyarakat dapat mengetahui pelbagai program yang telah diadakan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dalam semua aspek dan telah menghasilkan impak yang positif kepada golongan sasar. Insya Allah aktiviti yang dilaksanakan semestinya mendokong prinsip amanah, adil dan ihsan serta bertepatan pula dengan nilai-nilai Syariah bagi mendapat keberkatan Ilahi malah sesuai pula dengan negeri yang diberi nama jolokan Terengganu Darul Iman.
YBhg. Dato’ Dr. Che Ab Rahim bin Nik
“Kehadiran YDSM melalui aktiviti murni yang merentas dan mencakupi pelbagai bidang nyata memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat. Laman sesawang ini merupakan platform terbaik untuk memperolihi maklumat terkini tentang aktiviti YDSM. Semoga YDSM akan terus menabur khidmat bakti dengan lebih efektif termasuk usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah alam semulajadi Negeri yang indah ini”