Skip to main content

19 Februari 2026 | Khamis

1 Ramadan 1447 Hijrah

Masjid Abidin, Kuala Terengganu

Alhamdulillah, YDSM sebagaimana tradisinya saban tahun meneruskan legasi Agihan Bubur Lambuk secara PERCUMA kepada orang awam.

Gimik pelancaran agihan telah diadakan di Pekarangan Masjid Abidin disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Azizulrahim bin Ahmad Zambri selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM bersama Yang Mulia Dato’ Dr. Syed Mohammad Salleh bin Syed Yusof AlZawawi, Pengerusi Lembaga Pengurusan Masjid Abidin (Masjid Negeri) dan Warga Kerja YDSM, Warga Kerja Masjid Abidin (Masjid Negeri) serta sukarelawan Masjid.

Agihan dilaksanakan melibatkan kerjasama beberapa buah Masjid utama di Terengganu serta beberapa buah Masjid Mukim di beberapa Daerah yang melibatkan 1900 bekas sehari sepanjang bulan Ramadan.

Antara Masjid yang terlibat:

AGIHAN SELEPAS SOLAT ZOHOR:

1. Masjid Abidin (Masjid Negeri), Kuala Terengganu

AGIHAN SELEPAS SOLAT ASAR

1. Masjid Al Muktafi Billah Shah, Ladang

2. Masjid Hiliran, Kuala Terengganu

3. Masjid Bukit Payong, Marang

4. Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang

5. Masjid Wakaf Tembesu, Kuala Nerus

6. Masjid Tengku Intan Zaharah, Dungun

Orang ramai boleh dapatkan bubur lambuk di lokasi/masjid di atas.

Leave a Reply

Close Menu

About YDSM

Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Perkarangan Istana Badariah, Jalan Sultan Mahmud 20400, Kuala Terengganu, Terengganu, MALAYSIA

Tel : 09-625 1131, 626 1131
Faks : 09-623 1131

Emel :
yayasandirajasultanmizan@gmail.com
media.ydsm@gmail.com