Skip to main content

27 Januari 2026 | Selasa – Yayasan DiRaja Sultan Mizan telah mengadakan Majlis Pengurniaan Hadiah Anugerah Ekoceria Institusi Pendidikan Islam Terengganu (ECIPIT) bertempat di Balai Santapan DiRaja, Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

Bertemakan “Lestarikan Alam, Memupuk Akhlak Mulia”, ECIPIT merupakan program yang julung kali diadakan dan yang pertama seumpamanya di anjurkan di Malaysia khasnya di negeri Terengganu.

Majlis telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu selaku Pengerusi Yayasan DiRaja Sultan Mizan.

Program ini merupakan suatu inisiatif yang bertujuan untuk memastikan Institusi Pendidikan Islam (IPI) yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sebagai IPI yang mampan sehingga dapat mencapai “sustainable Islamic teaching institutions”.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. YDSM juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi yang terlibat dalam menjayakan majlis.

Leave a Reply

Close Menu

About YDSM

Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Perkarangan Istana Badariah, Jalan Sultan Mahmud 20400, Kuala Terengganu, Terengganu, MALAYSIA

Tel : 09-625 1131, 626 1131
Faks : 09-623 1131

Emel :
yayasandirajasultanmizan@gmail.com
media.ydsm@gmail.com