11 Mac 2026 | Rabu
Bersamaan 21 Ramadan 1447 Hijrah
Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu
Yayasan DiRaja Sultan Mizan dan Yayasan Tuanku Nur Zahirah raikan Pelajar dan Fakir Miskin
“Alhamdulillah dan syukur serta gembira”. Itulah gambaran dan reaksi terpancar pada wajah penerima Kurniaan di Majlis Pengurniaan Bantuan kepada Fakir Miskin dan Pelajar Sekolah Sempena Hari Raya Aidilfitri anjuran YDSM dan YTNZ pada tahun ini yang diadakan di Balai Santapan DiRaja, Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
Lebih istimewa dan bermakna, kurniaan berupa wang tunai disempurnakan sendiri oleh KDYMM Sultan , KDYMM Sultanah dan Paduka Anakanda kepada kira-kira 460 orang fakir miskin dan 420 orang pelajar. Terdahulu, KDYMM Sultan Terengganu juga berkenan menyempurnakan penyerahan sijil penghargaan kepada para penyumbang program YDSM.
Semoga Aidilfitri yang bakal tiba dapat diraikan dalam suasana gembira dan penuh kesyukuran.



































