Kursus Induksi bagi peserta baru Program Seni Kraf Warisan YDSM Siri ke-10 Sesi 2025/2026 telah diadakan pada 25 – 27 Ogos 2025 bertempat di Dewan Seroja, Paddock Inn, Terengganu Equestrian Resort (TER).
Seramai 20 orang peserta telah menyertai kursus tersebut. Kursus Induksi ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada peserta yang baru berdaftar dengan Program Seni Kraf Warisan YDSM. Dengan tema ’Membangunkan Pasukan Berprestasi Tinggi’, kursus ini akan membekalkan peserta dengan pembinaan karaktor individu, minda keusahawanan, kemahiran kolaborasi dan komunikasi dan strategi kecemerlangan sebagai satu pasukan.
Semoga para pelatih dapat mengenali antara satu sama lain dan memupuk semangat kerjasama dan setiakawan yang berterusan. Diharapkan semua pelatih lebih bersemangat untuk meneruskan program latihan yang disediakan sehingga tamat 18 bulan mendatang.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Azizulrahim bin Ahmad Zambri, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM. Turut hadir Encik Mohd Azrul bin Ismail, Setiausaha Kerja YDSM.
Terima kasih kepada Prof. Dr. Fakhrul Anwar Zainol daripada Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, UniSZA selaku ketua perunding bersama rakan strategik Koperasi Agro Lestari Terengganu Berhad (KOLESTARI) diatas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan kursus induksi kali ini. Tahniah kepada semua peserta dan terima kasih juga kepada semua yang terlibat.






















