KARNIVAL SAMBUTAN DUA DEKAD YDSM telah diadakan pada 19 hingga 21 Jun 2025 bertempat di Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Pameran Gajah, Pameran Produk Usahawan YDSM, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Khat dan Pertandingan STEM serta terdapat juga pameran daripada Jabatan-jabatan yang terpilih.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu, Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Terengganu serta paduka-paduka Anakanda telah berkenan mencemar duli berangkat ke Karnival tersebut untuk melawat kesemua gerai pameran yang ada termasuk pameran gajah sebelum Majlis Jamuan Teh pada 21 Jun 2025.






















