8 JUN 2025 (AHAD) BERSAMAAN 11 ZULHIJJAH 1446 HIJRAH – KUALA NERUS
Alhamdulillah dan Syukur.
Selesai sudah Program Ibadah Qurban anjuran YDSM dengan kerjasama Masjid Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus, yang menyaksikan 10 ekor lembu diQurbankan.
Sebagaimana tradisinya, KDYMM Sultan Terengganu selaku Pengerusi YDSM turut mengurniakan seekor lembu qurban bagi program ini disamping penyertaan ibadah qurban daripada Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM dan beberapa individu.
Program tahun ini juga bertambah meriah dan bermakna dengan sumbangan dua ekor lembu qurban pihak Permint Granite HCM Sdn Bhd.
Lebih 500 bungkus daging Qurban dengan timbangan 1kg diagihkan kepada asnaf setempat dan lain-lain kawasan. Gimik agihan dibuat secara terus oleh Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM iaitu YBhg.Dato’ Haji Mohd Fadzli bin Yusof dan YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa.
Khariah masjid dan orang awam juga disaji/dijamu dengan makan tengah hari dengan menu utama sup daging dan tulang.
YDSM merakam setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini khususnya individu yang mengambil bahagian dalam Ibadah Qurban, Pengurusan dan AJK Masjid Kampung Tok Jembal, para penyumbang/dermawan,, para petugas & urusetia, sukarelawan dan orang awam yang hadir melancarkan perjalanan program berkenaan.
Tahniah & terima kasih.




















