Skip to main content

17 Mac 2025

Bersamaan 16 Ramadan 1446 Hijrah

Kuala Terengganu

Alhamdulilllah. Selesai sudah Majlis Pengurniaan Sumbangan Kepada Fakir Miskin dan Pelajar Sekolah Sempena Hari Raya Aidilfitri 1446H Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) yang telah disempurnakan oleh Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin bertempat di Istana Syarqiyyah.

Keberangkatan Baginda diiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail.

Menyambut keberangkatan tiba oleh Menteri Besar dan Isteri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ).

Selaku Pengerusi YDSM, Baginda berkenan mengurniakan bantuan kepada 200 fakir miskin terpilih dari seluruh daerah Terengganu berupa wang tunai RM500 selain hamper barangan keperluan harian bernilai RM250.

Di samping itu, seramai 240 pelajar daripada keluarga miskin dari lapan buah sekolah dipilih seluruh Terengganu juga menerima kurniaan berupa wang tunai RM250 setiap seorang termasuk 30 pelajar bagi setiap dua buah madrasah/pusat pengajian islam telah dipilih khas bagi menerima kurniaan yang sama.

Dalam masa yang sama, Sultanah Terengganu turut berkenan memberikan kurniaan kepada 300 fakir miskin wanita bagi persediaan menyambut Aidilfitri yang terdiri dari kalangan pengusaha dan penenun songket yang bernaung dibawah YTNZ.

Mudah-mudahan kurniaan yang diterima memberikan kesyukuran dan kegembiraan kepada penerima menjelang Aidilfitri yang bakal menjelma.

Penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini.

Leave a Reply

Close Menu

About YDSM

Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Perkarangan Istana Badariah, Jalan Sultan Mahmud 20400, Kuala Terengganu, Terengganu, MALAYSIA

Tel : 09-625 1131, 626 1131
Faks : 09-623 1131

Emel :
yayasandirajasultanmizan@gmail.com
media.ydsm@gmail.com