Majlis Graduasi Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) 2025 bagi meraikan para peserta dibawah tajaan YDSM seramai 53 orang yang terdiri daripada Program Seni Kraf Warisan Siri ke-9 Sesi 2023/2024, Program Pembangunan Agropreneur Graduan (Projek Melon Manis Terengganu) dan Program Hybrid Electric Vehicle (HEV) telah diadakan pada 27 Februari 2025 bertempat di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam Terengganu (TTI) Kuala Terengganu.
Terima kasih kepada semua tetamu jemputan yang telah hadir dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Tahniah kepada semua peserta yang telah bergraduasi. Semoga terus maju jaya dalam bidang yang diceburi.



