29 November 2024 (Jumaat)
Hulu Terengganu, Terengganu
Misi bantuan banjir YDSM diteruskan ke Daerah Hulu Terengganu antara Daerah yang terjejas teruk akibat banjir pada kali ini.
Penyerahan bantuan oleh YDSM diwakili oleh YBhg.Dato’ Haji Azizulrahim bin Ahmad Zambri, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM. Turut bersama adalah Tuan Haji Lizan bin Che Mat, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Encik Mohd Azrul bin Ismail, Setiausaha Kerja YDSM dan pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah Hulu Terengganu dan pelbagai Kerajaan.
Beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sempat disantuni. Antaranya PPS Kampung Bukit Tok Bat, PPS Kampung Kemat dan PPS Kampung Cheting. Orang ramai diminta sentiasa mematuhi arahan keselamatan oleh pihak berkuasa khususnya melibatkan perpindahan ke PPS.
Penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam melancarkan agihan ini.











