30 November 2024 (Sabtu)
Kemaman, Terengganu
YDSM terus menggerakkan bantuan banjir dan hari ini di Daerah Kemaman. Beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sempat dikunjungi dan disantuni. Antaranya PPS Dewan Sivik Kampung Air Putih dan PPS Kampung Dadong.
Penyerahan bantuan oleh YDSM diwakili oleh YBhg.Dato’ Haji Azizulrahim bin Ahmad Zambri, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM. Hadir sama adalah Encik Abdul Hakim bin Abdul Latif, Penolong Pegawai Daerah Kemaman (Pembangunan Masyarakat), Encik Mohd Azrul bin Ismail, Setiausaha Kerja YDSM dan pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah Kemaman dan Pegawai Kerajaan dari pelbagai Agensi.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam melancarkan agihan ini.











