28 November 2024 (Khamis)
Setiu, Terengganu
Selesai sudah lawatan dan penyerahan bantuan banjir kepada mangsa-mangsa banjir di Daerah Setiu.
Penyerahan bantuan oleh YDSM diwakili oleh YBhg.Dato’ Haji Azizulrahim bin Ahmad Zambri, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM. Hadir sama adalah Tuan Haji Ahmad Rizal bin Mamat, Pegawai Daerah Setiu, Encik Mohd Azrul bin Ismail, Setiausaha Kerja YDSM dan pegawai-pegawai dari pelbagai agensi Kerajaan.
Beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sempat disantuni. Antaranya PPS Chalok Kedai, PPS Sungai Lerek, PPS Batu 29 dan PPS Dewan Komuniti Langkap.
Semoga semua mangsa terlibat tabah dan sabar dengan ujian/dugaan ini dan sentiasa peka dengan arahan keselamatan oleh pihak berkuasa.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam melancarkan agihan ini.











