Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu telah berkenan berangkat melawat Pusat Penyelidikan dan Pembenihan Pokok Gelam di Setiu Wetlands, Kg Pengkalan Gelap, Setiu, Terengganu.
Pusat Penyelidikan dan Pembenihan Pokok Gelam di Taman Negeri Setiu Wetlands ini merupakan kerjasama antara Yayasan DiRaja Sultan Mizan bersama Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu dan Syarikat Benua Hijau Sdn Bhd yang bertujuan untuk menyokong usaha pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar di negeri Terengganu, khususnya di kawasan Setiu Wetlands.
Fungsi utama pusat ini adalah untuk memastikan kelestarian dan keberkesanan penanaman serta penggunaan pokok gelam melalui kajian, penghasilan benih dan pendidikan.