Skip to main content

Selesai sudah Program Sumbangan Persekolahan Yayasan DiRaja Sultan Mizan dan Bank Simpanan Nasional kepada Murid dan Mahasiswa serta Mahasiswi Asnaf dan Miskin anjuran Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Gelugor, Kuala Terengganu.

Program yang turut melibatkan kerjasama dari Sekolah Kebangsaan Gelugor, Kuala Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ini menyaksikan seramai 100 orang murid sekolah tersebut menerima sumbangan persekolahan berupa wang tunai RM100 seorang disamping alat tulis dan beg sekolah sumbangan bersama YDSM dan BSN. Selain itu, seramai 10 orang mahasiswa/mahasiswi dari UniSZA yang bernaung di bawah Sekretariat Rakan Siswa (SERASI) UniSZA juga menerima sumbangan wang tunai RM250 seorang.

Hadir menyerahkan sumbangan tersebut adalah Yang Berbahagia Dato’ Haji Azizulrahim bin Ahmad Zambri, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM dan Encik Mohammad Khasnieddy bin Khasimi, Pengarah BSN Terengganu. Turut hadir adalah Tuan Haji Khairi bin Mohd Noor (Pegawai Pendidikan Daerah Terengganu), Encik Mazlan bin Ismail (Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gelugor) dan Encik Cairul Anwar bin Mohamed (Timbalan Pengarah Pusat Alumni UniSZA).

Sesungguhnya program seumpama ini adalah merupakan kolaborasi YDSM dan BSN dalam memperkasakan sosioekonomi rakyat Terengganu khususnya dalam bidang pendidikan dan ianya menjadi antara agenda/acara tahunan kedua-dua pihak.

YDSM merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

Leave a Reply

Close Menu

About YDSM

Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Perkarangan Istana Badariah, Jalan Sultan Mahmud 20400, Kuala Terengganu, Terengganu, MALAYSIA

Tel : 09-625 1131, 626 1131
Faks : 09-623 1131

Emel :
yayasandirajasultanmizan@gmail.com
media.ydsm@gmail.com