Alhamdulillah, selesai sudah penganjuran Program Hari Penglihatan Sedunia Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2024 bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus dengan jayanya.
Orang ramai khususnya murid dan kanak-kanak mengambil peluang untuk melakukan saringan dan pemeriksaan mata secara PERCUMA yang dikendalikan oleh Doktor Pakar Mata dan Optometrist.
Hadir merasmikan program adalah YBhg. Dato’ Haji Mohd Fadzli bin Yusof, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM. Hadir sama adalah YBrs. Dr. Muiz Mahyudin, Presiden Malaysian Society of Ophthalmology, YBrs. Dr. Saifur Rahman bin Muhammad, Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan) JKNT, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif, Pengarah HoSZA dan YBhg. To’ Puan Hajah Maizan binti Yaakub, Pakar Perunding Kanan merangkap Ketua Jabatan Oftalmologi HSNZ. Turut hadir adalah Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM dan Pegawai-Pegawai Kerajaan dari Pelbagai Agensi.
Program yang disokong dan mendapat kerjasama padu dari Malaysian Society of Ophthalmology (MSO), Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Hospital Sultanah Nurzahirah (HSNZ) dan Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) menyaksikan sambutan yang menggalakkan dari para pengunjung khususnya dari daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Pemeriksaan asas kesihatan secara PERCUMA, Pemeriksaan MATA secara PERCUMA, Khidmat nasihat berkaitan penjagaan mata oleh Doktor Pakar Mata, hebahan maklumat berkaitan kesihatan mata dan aktiviti derma darah.
YDSM merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong dan memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini iaitu MSO, JKNT, HSNZ dan HoSZA. Juga tidak ketinggalan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pelbagai agensi Kerajaan seperti Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu, Jabatan Penyiaran Negeri Terengganu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Yayasan Islam Terengganu, Yayasan Terengganu dan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) dan semua pihak yang terlibat. Tanpa sokongan dan dokongan semua pihak ini, sudah pasti menjadi kesukaran untuk YDSM menganjurkan program ini.
Terima Kasih.