Program Pembangunan Usahawan Seni Kraf Warisan YDSM bagi peserta Program Seni Kraf Warisan YDSM siri ke-9 sesi 2023/2024 telah diadakan pada 19hb hingga 23hb September 2024 bertempat di Smart Classroom Fakulti Perniagaan dan Pengurusan UniSZA.
Seramai 20 orang peserta telah berjaya mengikuti program ini. Tahniah diucapkan kepada semua peserta. Semoga ilmu keusahawanan yang diperoleh daripada program ini dapat diguna dan dimanfaatkan sebaiknya dalam usaha untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dunia dan akhirat.
Terima kasih kepada pihak UniSZA Holding Sdn. Bhd. dan UniSZA Consultancy Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fakhrul Anwar Zainol kerana telah menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada para Trainer dan pihak Urusetia.