Majlis Pengurniaan Hadiah Piala Yayasan DiRaja Sultan Mizan
Lanjutan daripada Penganjuran Pertandingan Pengukuhan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab , YDSM turut mengadakan Majlis Pengurniaan Hadiah Piala Yayasan DiRaja Sultan Mizan pada 31 Julai 2024 di Dewan Santapan DiRaja, Istana Syarqiyyah.
Majlis yang disempurnakan oleh KDYMM Sultan Terengganu yang juga Pengerusi YDSM tersebut turut diserikan dengan keberangkatan KDYMM Sultanah Terengganu bersama-sama Yang DiPertuan Muda Terengganu DYTM Tengku Muhamad Ismail serta paduka-paduka anakanda.
Dato’ Haji Azri Sani bin Dato’ Mazlan yang merupakan pengerusi bersama program telah menyampaikan ucapan aluan dan disusuli dengan pengumuman pemenang oleh Prof. Dato’ Dr. Rashila Ramli selaku Ketua Hakim Pertandingan.
Berikut adalah senarai pemenang pertandingan:
1. JOHAN PERTANDINGAN SMARTENGLISH : SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN SULAIMAN 1, KUALA TERENGGANU
2. JOHAN PERTANDINGAN CHORASICAL SKETCH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MENERONG, HULU TERENGGANU
3. JOHAN MY TERENGGANU PROPOSAL QUEST : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOMPLEKS GONG BADAK, KUALA NERUS
4. JOHAN PERTANDINGAN CHAIN STORY TELLING : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SHEIKH ABDUL MALEK, KUALA TERENGGANU
5. JOHAN PUBLIC TALK BACK TO THE FUTURE : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA NURUL ITTIFAQ, BESUT
6. JOHAN PERTANDINGAN KALAM JAMAIAE : SEKOLAH MENENGAH AGAMA (ATAS) SULTAN ZAINAL ABIDIN, KUALA TERENGGANU
7. JOHAN PERTANDINGAN DIKIR BARAT : MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN TERENGGANU, MARANG
Pada majlis tersebut, para hadirin telah disajikan dengan persembahan khas Kertuk Tradisional daripada SK Sugai Buloh, Hulu Terengganu dan persembahan Caklempong daripada SM Sains Setiu.
Pihak Yayasan DiRaja Sultan Mizan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Pertandingan Akhir dan Majlis Pengurniaan Hadiah Piala YDSM 2024.
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua pemenang pertandingan.

















