Skip to main content

29 Julai 2024 – YDSM dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu telah mengadakan Pertandingan Akhir Program Pengukuhan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab PIALA Yayasan DiRaja Sultan Mizan di SMK Kompleks Mengabang Telipot dan di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail.

Penganjuran pertandingan dengan tema “Memupuk Perintis: Mengilhamkan Pemimpin Masa Depan” pada tahun ini telah menyaksikan sebanyak tujuh (7) pertandingan terdiri daripada lima Pertandingan Bahasa Inggeris – Smart English, Chorasical Sketch, Chaims Story Telling, My Terengganu Proposal Quest dan Public Talks : Back To The Future. Manakala dua (2) pertandingan Bahasa Arab telah dipertandingan iaitu Kalam Jamai’e dan Dikir Arab.

Pertandingan Akhir Piala YDSM turut diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu dan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu bersama-sama Yang DiPertuan Muda Terengganu Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhamad Ismail serta paduka-paduka anakanda menyaksikan acara-acara pada pertandingan tersebut.

Pada tahun ini, sebanyak 352 buah sekolah rendah dan 153 buah sekolah menengah telah mengambil bahagian dalam semua acara.

Leave a Reply

Close Menu

About YDSM

Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Perkarangan Istana Badariah, Jalan Sultan Mahmud 20400, Kuala Terengganu, Terengganu, MALAYSIA

Tel : 09-625 1131, 626 1131
Faks : 09-623 1131

Emel :
yayasandirajasultanmizan@gmail.com
media.ydsm@gmail.com