Sekitar Majlis Mesra Hari Raya Aidilfitri Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) 1445 Hijrah
Selasa, 30 April 2024 bersamaan 21 Syawal 1445 H.
Majlis diadakan penuh meriah di Pekarangan Pejabat YDSM, Pekarangan Istana Badariah, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Sultanah Terengganu bersama 3 orang paduka anakanda memeriahkan lagi suasana majlis.
Majlis kali ini diisi dengan persembahan khas Seni Silat Kura-Kura yang dibawa khas dari Setiu, Terengganu. Selain itu, turut diadakan sesi demonstrasi dan pameran Seni Kaligrafi Terengganu (Khat).
Selain itu, majlis disajikan dengan pelbagai juadah hidangan seperti nasi minyak, nasi dagang, sate, kambing golek, laksa dan laksam, pelbagai kuih-muih, air cendol dan sebagainya. Turut disediakan makanan khas oleh penerima bantuan zakat perniagaan dan program YDSM yang lain iaitu makanan berasaskan cendawan, produk nelayan, kuih muih, murtabak, nasi ayam dan bihun sup, mee dan bihun goreng, keropok lekor dan kuih asam gumpal.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama membantu menjayakan majlis ini dan terima kasih juga kepada semua tetamu yang hadir.