Ajil, Hulu Terengganu
7 April 2024, Ahad bersamaan 28 Ramadan 1445 Hijrah
Alhamdulillah.
Sekitar Program Agihan Bubur Lambuk Yayasan DiRaja Sultan Mizan bertempat di Hentian Rehat & Rawat, Ajil, Hulu Terengganu (Arah Utara). Sejumlah 200 bekas Bubur Lambuk & Cenderahati Aidilfitri diagihkan kepada Perantau/Pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2.
Agihan dibuat oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Azizulrahim bin Ahmad Zambri, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM dan Isteri, Yang Berbahagia To’ Puan Rohana binti Hashim.
Turut hadir adalah Cik Patil Humu binti Harun, Pengurus Operasi LPT 2, Encik Mohd Azrul bin Ismail, Setiausaha Kerja YDSM, Warga Kerja YDSM dan LPT 2.
Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Program ini khususnya pihak Lebuhraya Pantai Timur Sdn Bhd dan para pengguna LPT 2.
“Selamat Pulang Perantau, Utamakan Keselamatan, Hati-Hati Memandu dan Semoga Selamat Sampai ke Destinasi”
Terima kasih.