Skip to main content

18 JUN 2024 (SELASA) BERSAMAAN 11 ZULHIJJAH 1445 HIJRAH – KUALA TERENGGANU

Alhamdulillah dan Syukur.

Selesai sudah Program Ibadah Qurban anjuran YDSM dengan kerjasama Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar, Kuala Terengganu yang menyaksikan 9 ekor lembu diQurbankan.

Sebagaimana tradisinya, KDYMM Sultan Terengganu selaku Pengerusi YDSM turut mengurniakan seekor lembu qurban bagi program ini disamping penyertaan ibadah qurban dari Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM serta beberapa individu.

Sejumlah 250 bungkus daging Qurban dengan timbangan 1kg diagihkan kepada asnaf setempat. Gimik agihan dibuat secara terus oleh Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM iaitu YBhg.Dato’ Haji Mohd Fadzli bin Yusof, YBhg. Dato’ Haji Azizulrahim bin Ahmad Zambri, YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa dan YBhg.Dato’ Dr. Che Ab. Rahim bin Nik serta Tuan Haji Muhammad bin Embong, Pengerusi Masjid Sultan Muhammad.

Program tahun ini juga lebih bermakna dengan sumbangan seekor lembu qurban masing-masing dari pihak Permint Granite Sdn Bhd dan Permint Granite HCM Sdn Bhd.

Turut memberikan kerjasama dalam menjayakan program adalah anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Terengganu dan Sukarelawan Masjid Sultan Muhammad.

YDSM merakam setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini khususnya individu yang mengambil bahagian dalam Ibadah Qurban, Pengurusan dan AJK Masjid Sultan Muhammad, para penyumbang/dermawan, anggota APM Negeri Terengganu, para petugas & urusetia, sukarelawan dan orang awam yang hadir melancarkan perjalanan program.

Leave a Reply

Close Menu

About YDSM

Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Perkarangan Istana Badariah, Jalan Sultan Mahmud 20400, Kuala Terengganu, Terengganu, MALAYSIA

Tel : 09-625 1131, 626 1131
Faks : 09-623 1131

Emel :
yayasandirajasultanmizan@gmail.com
media.ydsm@gmail.com