22 November 2023 (Rabu), Kuala Terengganu
Sekitar penyerahan sumbangan banjir kepada mangsa banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Daerah Kuala Terengganu oleh YDSM.
YDSM diwakili oleh YBhg.Dato’ Haji Azri Sani bin Dato’ Mazlan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM. Turut hadir adalah Encik Mohd Azrul bin Ismail, Setiausaha Kerja YDSM.
Antara PPS yang disantuni adalah PPS Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek (52 Keluarga), PPS Sekolah Kebangsaan Atas Tol (131 Keluarga) dan Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah (32 Keluarga).
Semoga mangsa banjir tabah, sabar dan redha dalam mengharungi ujian sepanjang bencana ini.





