25 November 2023 (Sabtu), Hulu Terengganu
Alhamdulillah, selesai sudah Kursus Perkaderan Skuad Sukarelawan Yayasan DiRaja Sultan Mizan (SUDY) yang diadakan selama 3 hari 2 bertempat di Pusat Kokurikukum Negeri Terengganu (PusKoNT), Kem Bukit Kolam, Hulu Terengganu.
Kursus yang dikelola dibawah Jawatankuasa Sukarelawan YDSM ini bertujuan untuk menanam dan memberi pengalaman serta pendedahan kepada ahli SUDY berkenaan bidang kesukarelawanan disamping membina dan memperkukuhkan ukhwah dan silaturahim sesama ahli yang terdiri dari kalangan Mahasiswa/Wi dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Dungun, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak dan UniSZA Kampus Besut.
Majlis Penutupan Kursus telah disempurnakan oleh YBhg.Dato’ Haji Azri Sani bin Dato’ Mazlan, Pengerusi JK Sukarelawan YDSM merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM. Turut hadir YBhg.Dato’ Haji Azizulrahim bin Ahmad Zambri (Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM), YBrs. Tuan Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa (Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM), Encik Ismadi bin Zakari @ Zakaria (Ketua Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Encik Mohd Azrul bin Ismail (Setiausaha Kerja YDSM) dan pegawai-pegawai dari YDSM dan JPNT.