Skip to main content

12 Oktober 2023 (Khamis) – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu dan juga selaku Pengerusi Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) telah berkenan mencemar duli berangkat melawat Pusat Penternakan Ketam YDSM di Kg. Limau Nipis, Setiu, Terengganu.

Lawatan tersebut diiringi oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Syarikat Puncak Innovasi Sdn. Bhd, dan Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu.

Projek ini memfokuskan kepada penternakan dan pengeluaran Ketam Nipah Kulit Lembut (soft shell crab). Ianya diharapkan dapat membantu terutamanya komuniti sekitar Setiu untuk menjadi penternak ketam nipah dan menjana pendapatan yang konsisten.

Leave a Reply

Close Menu

About YDSM

Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Perkarangan Istana Badariah, Jalan Sultan Mahmud 20400, Kuala Terengganu, Terengganu, MALAYSIA

Tel : 09-625 1131, 626 1131
Faks : 09-623 1131

Emel :
yayasandirajasultanmizan@gmail.com
media.ydsm@gmail.com