





11 Oktober 2023 (Rabu) – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu dan juga selaku Pengerusi Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) telah berkenan melawat Rumah Madu Rahmat Yayasan DiRaja Sultan Mizan (RAHMAT YDSM) di Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu.
RAHMAT YDSM diwujudkan bagi memartabatkan perternakan lebah sebagai saluran penghasilan madu asli yang bersih serta menjadi aktiviti pertanian yang boleh meningkatkan sosioekonomi komuniti dan lestari kepada alam sekitar.
Ianya juga berfungsi sebagai pusat sehenti yang akan menjadi pusat latihan dan pengumpulan madu dari penternak yang diuruskan secara berpiawaian melalui pengawalan kualiti penghasilan madu dari awal proses penternakan, penuaian, pemprosesan madu melalui HILDA-system, pembungkusan dan penghasilan produk yang berkualiti.