Skip to main content

Pemerkasaan dan pembudayaan bidang Pendidikan adalah antara langkah yang disusun dan dilaksnakan oleh YDSM dalam strategi memperhebat dan mempertingkat pencapain pembelajaran dan pendidikan murid-murid dan pelajar-pelajar sekolah di Terengganu. Antara langkah  yang telah diambil dan dilaksanakan untuk memperbaikki peguasaan dan kemahiran Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, khususnya lisan YDSM telah menganjurkan ni Pertandingan Pengukuhan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab melalui Piala YDSM sejak 2009 lagi, Program Kem Remaja Harapan YDSM bagi membina keperibadian sejak 2014 dan Program Biasiswa PhD YDSM sejak 2013

Usaha ini tidak lain tidak bukan adalah bertujuan untuk melihat bidang pendidikan di Negeri Terengganu terus mencipta kejayaan bukan sahaja diperimgkat Nasional malahan mampu menembusi kejayaan diperingkat dunia.

Oleh itu, YDSM dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengadakan Kursus Peningkatan Pedagogi Guru-Guru Malaysian University English Test (MUET) bagi Bengkel Kerja : Connecting The Dots: Bridging Theory To Muet Classroom Practice. Ianya bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pedagogi dan latihan guru yang mengajar MUET di Terengganu terhadap kandungan silibus/sukatan MUET terkini dan berkongsi pengajaran terbaik pelaksanaan MUET bersama penceramah jemputan, fasilitator dan guru-guru MUET seluruh Terengganu serta meningkatkan profesionalisme guru dalam proses penyediaan pelajar menghadapi peperiksaan.

Ianya juga sebagai langkah proaktif YDSM dan JPNT dalam memastikan keperluan dan jumlah guru MUET di Terengganu sentiasa mencukupi dan memenuhi keperluan pendidikan ekoran sebahagian besar guru MUET yang berpengalaman telah bersara.

Bengkel kerja ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 11 – 13 November 2025, bertempat di Hotel YT Midtown, Kuala Terengganu yang melibatkan sejumlah 113 guru MUET seluruh Terengganu. Ianya kali kedua (2) dilaksanakan setelah kali pertama dianjurkan pada 30 Januari 2016 sehingga 2 Februari 2016 bertempat di TH Hotel & Convention Centre Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

Berdasarkan kepada Laporan dan Analisa Pencapaian MUET Terengganu yang dikemukakan oleh JPNT, pencapaian MUET Terengganu adalah antara Negeri tercorot tahun 2015 diperingkat Nasional dengan purata pencapaian band 1 dan 2 sahaja dan sukar untuk melihat pencapaian band 3 dan ke atas. Justeru, YDSM mengambil inisiatif menganjurkan Bengkel/Kursus MUET pada awal tahun 2016 selain pengangjuran beberapa program dalaman diperingkat JPNT untuk tujuan yang sama. Satu tanda amat memberangsangkan daripada Analisa Pencapaian tersebut jelas menunjukkan impak yang amat berksan kerana pencapaian MUET Terengganu menunjukkan impak yang positif dikalangan pelajar Tingkatan Enam Terengganu melalui peningkatan kompetensi dan kaedah mengajar guru-guru MUET. Data pencapai MUET Negeri Terengganu pada tahun 2024 adalah Band 4.0 ke atas atau 778 orang (36.2%), Band 3.5 atau 993 orang (46.2%) dan Band 3.0 ke bawah: 17.6% atau 311 orang.

Laporan juga menunjukkan majoriti calon berada di Band 3.5 dan Band 4.0 dan ianya menunjukkan pencapaian kepada kestabilan dalam kualiti pengajaran dan pembelajaran. Bengkel MUET pada kali ini adalah untuk memberi  tumpuan kepada peningkatan ke Band 4.5 dan ke atas.

Hadir menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus adalah YBhg.Dato’ Haji Mohd Fadzli bin Yusof, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM. Hadir sama adalah Yang Berusaha Encik Kamsah @ Kamal bin Mohamed, Pengarah JPNT, Yang Berusaha Dr. Ahmad Zufrie bin Abd Rahman, Pegawai Peperiksaan MPM. Turut hadir adalah Jajaran Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Pegawai-Pegawai dari JPNT dan MPM.

Sepanjang kursus ini, pelbagai perkongsian ilmu dan kaedah pengajaran dilaksanakan seperti secara syarahan, perbincangan, pembentangan dan pengajaran makro yang menekankan aspek Listening (Teaching, Learning & Assessment), Essay Writing (Teaching, Learning & Assessment), E-mail Writing (Teaching, Learning & Assessment), Reading (Teaching & Learning), Reading (Assessment) danSpeaking (Teaching, Learning & Assessment) sebagaimana yang terkandung dalam silibus MUET yang terkini. Para peserta juga diberi tugas-tugas khas secara berkumpulan dengan bimbingan fasilitator yang berpengalaman.

YDSM memperuntukan perbelanjaan berjumlah RM43,268.00 bagi pelaksanaan kursus ini.

Leave a Reply

Close Menu

About YDSM

Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Perkarangan Istana Badariah, Jalan Sultan Mahmud 20400, Kuala Terengganu, Terengganu, MALAYSIA

Tel : 09-625 1131, 626 1131
Faks : 09-623 1131

Emel :
yayasandirajasultanmizan@gmail.com
media.ydsm@gmail.com