Skip to main content

Sesuai dengan kata-kata remaja harapan bangsa, remaja kini adalah tonggak masa hadapan Negara. Yang demikian membentuk, membina dan memupuk asas keperibadian remaja harus dilakukan diperingkat se awal yang mungkin seperti yang diumpamakan dalam pepatah membentuk buluh dari rebungnya.

Menyedari akan hakikat ini maka Yayasan Di Raja Sultan Mizan telah melancarkan suatu projek membentuk dan menyuburkan keperibadian yang baik untuk pelajar-pelajar sekolah menengah yang dinamakan “Kem Remaja Harapan (KRH)”. Secara dasarnya KRH bertujuan untuk memberi kesedaran yang mendalam tentang betapa penting dan mustahaknya memiliki akhlak yang baik yang bukan sahaja bermanfaat kepada diri sendiri tetapi juga masyarakat, komuniti dan negars. Keperibadian yang baik, tinggi dan mulia sebagaimana yang dituntut dalam Islam dapat menghindar seseorang itu dari melaku dan terebur dalam tindak-tandok serta perbuatan yang terlarang baik dari segi ajaran agama mahupun undang-undang.

KRH yang dianjurkan oleh YDSM adalah projek jalinan kerjasama akrab YDSM bersama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu dan Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT). Suatu modul latihan telah digubal dan disusun oleh YDSM dengan institusi-institusi di atas.  Pemilihan pelajar untuk menyertai KRH dilakukan oleh JPNT yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah khususnya yang mempunyai masalah disiplin seperti pergaulan dan adab.  

Projek KRH pertama kali dianjurkan pada 2014 yang juga bertujuan untuk memperluas minda dan membuka ruang dan daya pemikiran para pelajar tentang peluang masa depan melalui kecemerlangan pendidikan, ketinggian akhlak dan moral, serta penguasaan kemahiran insaniah yang baik disamping membina asas jati diri cemerlang dalam diri pelajar melalui aktiviti motivasi dan keagamaan seperti ceramah motivasi, solat berjemaah, kuliah agama berkenaan hal ehwal ibadah dan lain-lain.

Pada tahun ini, ianya telah diadakan pada 30 Oktober 2025 sehingga 2 November 2025, 3 Hari 2 Malam bertempat di Peladang Setiu Agro Resort, Chalok, Setiu, Terengganu Darul Iman dengan penyertaan 50 PELAJAR PEREMPUAN tingkatan dua (2), tiga (3) DAN empat (4) dari beberapa buah sekolah dari daerah Dungun dan Kemaman dibawah seliaan JPNT dan JPINT.

Berpandukan modul yang disusun, antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang KRH ini ialah pembahagian dan pembinaan  kumpulan (group bonding), Ice Breaking, Kuliah Maghrib – Fiqh Taharah, Kelompok Bimbingan: Current Situation – Aktiviti Berisiko Saya dan Kawan Saya, Kelompok Bimbingan: Current Situation – Aktiviti Berisiko Proses, Kuliah Subuh – Sosmed Ke Neraka, Solt bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) – Cinta  dan Airmata, Kelompok Bimbingan:Ways Forward – Proses Pengisian KKM dan Sharing Session, Kuliah Maghrib :JHEAT – Syariat Jaga Aku, Kelompok Bimbingan – Self Evaluation & Whats Next, Kuliah Subuh – Syabab Akhir Zaman, Slot bersama LPPKN –  Kesihatan Reproduktif dan Modul Cakna Diri, Slot bersama PDRM – Undang-Undang, Kuliah Maghrib – Permasalahan Ikhtilat, Kuliah Subuh – Catatan Terakhir Seorang Hamba dan majlis penutupan program.

Manakala majlis Perasmian Penutupan Program telah dilakukan oleh YBhg.Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM. Turut hadir adalah YBhg.Prof Madya Dr Nazli Aziz, Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial UMT, Encik Kairil Anuar bin Muhammad, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid JPNT, Tuan Haji Rosdi bin Mat Rani, Timbalan Pengarah Akademik JPINT dan Encik Khasneedy bin Khasimi, Naib Pengerusi Koperasi Bank Simpanan Nasional (KOBANAS).

YDSM memperuntukan sejumlah RM49,152.00 dalam melaksana dan menjayakan program ini.

Leave a Reply

Close Menu

About YDSM

Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Perkarangan Istana Badariah, Jalan Sultan Mahmud 20400, Kuala Terengganu, Terengganu, MALAYSIA

Tel : 09-625 1131, 626 1131
Faks : 09-623 1131

Emel :
yayasandirajasultanmizan@gmail.com
media.ydsm@gmail.com