Skip to main content

Karnival Jualan Agro Makanan dan Kraf (JAMAK) yang kini merupakan antara aktiviti pemasaran dan jualan produk makanan dan bukan makanan termasuk hasil seni kraf warisan Terengganu telah menjadi aktiviti tahunan dalam kalendar projek pembangunan dan kebajikan masyarakat YDSM sejak tiga (3) tahun ini.

Karnival JAMAK merupakan inisiatif YDSM dan Masjid At-Taqwa (MAT), Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur yag turut menerima kerjasama Universti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu dan Univeristi Sains Malaysia (USM), Kampus Kubang Kerian. Antara tujuan Karnival JAMAK adalah untuk membuka ruang dan saluran dalam strategi memperkenal dan membina rangkaian perniagaan khususnya kepada para usahawan mikro bimbingan YDSM. Dengan ini apa juga produk yang dihasilkan oleh mereka dapat diperkenal dan dipasarkan di luar Terengganu.

Karnival ini pada dasarnya menepati matlamat penubuhan YDSM untuk membantu dan mempertingkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat melalui pelbagai program dan aktiviti amalnya. Tahun ini, ianya  telah diadakan pada 25 Oktober 2025 dari 8.00 pagi – 1.00 petang bertempat di perkarangan Masjid At-Taqwa TTDI, Kuala Lumpur dengan sambutan luar biasa. Antara aktiviti yang diadakan adalah jualan dan pameran pelbagai produk dari Terengganu serta pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.

Antara usahawan yang mengambil bahagian adalah Yayasan DiRaja Sultan Mizan (Jualan buku terbitan YDSM), S Bina Management Sdn Bhd (Pameran, Jualan dan mempromosi Perkampungan Budaya Gajah di Kenyir, Terengganu), Encik Abd Mutalib bin Abdullah (Pameran dan Jualan produk berasaskan besi dan senjata), Encik Muhammad Faizal bin Ibrahim (Pameran dan Jualan produk emas dan perak), BRAINEY Sdn Bhd (Pameran dan Jualan produk Madu), Tuan Haji Tajuddin Adam (Jualan Nasi Dagang & Kuih Traditional), Puncak Innovasi Sdn Bhd (Produk Ketam Kulit Lembu), Puan Sharpini binti Mohamad (Jualan produk Kraft batik), Encik Ahmad Taqiuddin bin Mohammad (Pameran dan Jualan produk batik), Pusat Pemindahan Ilmu dan Pendidikan Berterusan UniSZA (Jualan Melon Manis Terengganu (MMT), Encik Mohd Nazri bin Mohd Ghazali (Jualan produk berasaskan sumber laut seperti crispy selayang, popia satar, keropok lekor dan keropok keping) dan Fakulti Biosumber & Industri Makanan UniSZA (Jualan sayuran dan buah-buahan dan lain-lain). Juga turut memasarkan produk melon manis Terengganu (MMT) adalah Koperasi KoLesatri yang keanggotaannya terdiri daripada siswazah lepasan UniSZA yang dibimbing oleh YDSM bersama UniSZA semasa mereka sedang menuntut sebagai pelajar universiti dahulu untuk menjadi usahawan tani sepenuh masa.

Karnival ini telah menjana kutipan jualan berjumlah RM42,213.00 untuk setengahari penganjurannya.

Leave a Reply

Close Menu

About YDSM

Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Perkarangan Istana Badariah, Jalan Sultan Mahmud 20400, Kuala Terengganu, Terengganu, MALAYSIA

Tel : 09-625 1131, 626 1131
Faks : 09-623 1131

Emel :
yayasandirajasultanmizan@gmail.com
media.ydsm@gmail.com