29 Disember 2024 (Ahad)
Gong Badak, Kuala Nerus
Alhamdulilllah, selesai sudah Program Sumbangan kepada Ahli Sekretariat Rakan Siswa (SERASI) YDSM dan UniSZA bertempat di Kompleks UniSISWA, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Gong Badak, Kuala Nerus.
Hadir menyampaikan sumbangan adalah YBhg. Dato’ Haji Azizulrahim bin Ahmad Zambri, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM bersama YBrs. Encik Mohammad Khasnieddy bin Khasimi, Pengarah Bank Simpanan Nasional Terengganu. Hadir sama adalah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fadzli bin Adam, Naib Canselor UniSZA, pegawai dari YDSM dan BSN serta pengurusan tertinggi UniSZA.
Seramai 100 orang Mahasiswa dan Mahasiswi yang bernaung dibawah SERASI bagi pengajian peringkat Diploma dan Ijazah dari UniSZA tahun pertama dari Kampus Gong Badak dan Kampus Besut menerima sumbangan RM200 seorang sebagai sokongan kewangan untuk mereka yang dikategorikan dari keluarga B40.
YDSM merakam dan menzahirkan penghargaan serta terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini khususnya kepada pihak BSN dan UniSZA.











