2 Disember 2024 (Isnin)
Besut, Terengganu
Alhamdulillah, bantuan banjir dari YDSM terus digerakkan dan hari ini di Daerah Besut berlokaliti di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Kampung Raja dan SK Tengku Mahmud.
Hadir mewakili YDSM bagi penyerahan tersebut adalah YBhg.Dato’ Haji Azizulrahim bin Ahmad Zambri, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM. Turut hadir adalah YM Tengku Mohamad Hafiz bin Tengku Hashim Badli, Ketua Penolong Pegawai Daerah Besut, Encik Mohd Azrul bin Ismail, Setiausaha Kerja YDSM dan Encik Muhamad Hamizi bin Roslan, Penolong Pegawai Daerah Besut (Pembangunan Masyarakat).
YDSM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu melancarkan perjalanan agihan bantuan kepada PPS yang terlibat.











