28 MEI 2026 (KHAMIS)
Bersamaan 11 Zulhijjah 1447 Hijrah
Kuala Terengganu
Alhamdulillah.
Selesai sudah Program Ibadah Qurban YDSM dengan kerjasama Masjid Ar-Ridha, Manir yang berlangsung dengan meriah dan kesyukuran.
Sebagaimana tahun-tahun sudah, KDYMM Sultan Terengganu turut mengurniakan seekor lembu Qurban kepada YDSM bagi agihan daging Qurban kepada asnaf dan fakir miskin di kawasan sekitar masjid berkenaan.
Pada kali ini menyaksikan sejumlah EMPAT BELAS (14) ekor lembu Qurban dengan penyertaan pelbagai pihak sama ada melalui pihak YDSM, Masjid Ar-Ridha dan pihak Belia Negeri.
Lebih 150 bungkus daging dengan timbangan 1KG setiapnya diagihkan dengan gimik serahan dibuat oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Fadzli bin Yusof, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM mewakili YDSM bersama Encik Abdul Hadi bin Ahmad@Mohamed, Pengerusi Masjid Ar-Ridha. Turut hadir adalah Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM yang lain bersama isteri masing-masing, pegawai dan kakitangan YDSM dan Masjid Ar-Ridha.
Para tetamu, petugas, urusetia sukarelawan dan jemaah/kariah turut dihidangkan dengan jamuan ringkas sebelum bersurai.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menjaya dan melancarkan perjalanan program.












