Skip to main content

KUALA NERUS

24 MAC 2024 (AHAD) BERSAMAAN 13 RAMADAN 1445 HIJRAH

MAJLIS IFTAR SEKRETARIAT RAKAN SISWA (SERASI) YAYASAN DIRAJA SULTAN MIZAN (YDSM) DAN UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA)

Alhamdulillah dan syukur.

Selesai sudah Majlis Iftar Sekretariat Rakan Siswa (SERASI) YDSM – UniSZA bertempat di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Gong Badak, Kuala Nerus.

Majlis berkenaan telah dihadiri oleh Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM iaitu YBhg. Dato’ Haji Mohd Fadzli bin Yusof, YBhg.Dato’ Haji Azri Sani bin Dato’ Mazlan, YBhg. Dato’ Haji Azizulrahim bin Ahmad Zambri, Tuan Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa dan YBhg. Dato’ Dr. Che Ab. Rahim bin Nik bersama isteri masing-masing serta warga kerja YDSM.

Turut hadir Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Fadzli bin Adam, Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan pengurusan tertinggi UniSZA.

Iftar berkenaan bertujuan mengeratkan lagi ukhwah silaturahim dikalangan ahli SERASI bersama YDSM dan UniSZA. Sejumlah 200 orang ahli SERASI diraikan dalam majlis tersebut.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Leave a Reply

Close Menu

About YDSM

Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Perkarangan Istana Badariah, Jalan Sultan Mahmud 20400, Kuala Terengganu, Terengganu, MALAYSIA

Tel : 09-625 1131, 626 1131
Faks : 09-623 1131

Emel :
yayasandirajasultanmizan@gmail.com
media.ydsm@gmail.com