






AGIHAN BUBUR LAMBUK PERCUMA RAMADAN
YDSM meneruskan tradisi agihan bubur lambuk sempena Bulan Ramadan.
Gimik agihan telah diadakan di Masjid Abidin (Masjid Negeri), Kuala Terengganu pada hari pertama puasa (12 Mac 2024) yang telah disempurnakan oleh YBhg.Dato’ Haji Azizulrahim bin Ahmad Zambri selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM bersama Yang Mulia Dato’ Dr. Syed Mohammad Salleh bin Syed Yusof AlZawawi, Pengerusi Lembaga Pengurusan Masjid Abidin (Masjid Negeri) dan Tuan Haji Maliki bin Harun Pengurus Besar TM Terengganu.
Hadir sama adalah Warga Kerja YDSM, Warga Kerja Masjid Abidin (Masjid Negeri) dan warga kerja TM Terengganu serta sukarelawan Masjid.
Orang ramai boleh dapatkan bubur lambuk YDSM di lokasi berikut berserta waktu agihannya:
SETIAP HARI di Masjid- Masjid berikut:
AGIHAN SELEPAS SOLAT ZOHOR:
i. Masjid Abidin (Masjid Negeri)
AGIHAN SELEPAS SOLAT ASAR:
i. Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu
ii. Masjid Hiliran, Kuala Terengganu
iii. Masjid Wakaf Tembesu, Kuala Nerus
iv. Masjid Pekan Bukit Payong, Marang
v. Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar, Kuala Terengganu
vi. Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah, Dungun
Terima kasih.