Skip to main content

27 Disember 2023 (Rabu), Hulu Terengganu

Misi bantuan banjir YDSM diteruskan di Daerah Hulu Terengganu, antara Daerah yang terjejas teruk bagi banjir gelombang ketiga ini.

YDSM yang diwakili oleh YBhg. Dato’ Haji Azizulrahim bin Ahmad Zambri, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, turun padang menyantuni mangsa-mangsa banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Daerah berkenaan. Hadir sama adalah Tuan Haji Lizan bin Che Mat, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Pegawai-Pegawai dari Pejabat Daerah Hulu Terengganu dan Penghulu kawasan yang terlibat.

Sejumlah 300 bekas barangan diagihkan kepada mangsa banjir di beberapa PPS. Antara PPS tersebut adalah PPS Kampung Bukit Tok Bat, PPS Sek Men Keb Matang, PPS Kampung Kua, PPS Kampung Durian Bador, PPS Kampung Bukit Gemuroh, PPS Kampung Peroh, PPS Kampung Tapah dan PPS Kampung Sungai Berua.

Sebelum itu, YBhg. Dato’ Haji Azizulrahim diberikan taklimat ringkas oleh Tuan Haji Lizan di Bilik Gerakan Banjir Daerah berkenaan situasi semasa banjir di Daerah Hulu Terengganu termasuklah jumlah keluarga dan mangsa terlibat, bantuan/sumbangan yang diterima, paras air sungai dan kesiapsiagaan untuk sebarang kemungkinan jika situasi semakin memburuk.

YDSM memohon semua pihak sentiasa peka dengan situasi dan keadaan banjir di kawasan masing-masing serta mematuhi arahan pihak berkuasa khususnya arahan perpindahan ke PPS.

Leave a Reply

Close Menu

About YDSM

Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Perkarangan Istana Badariah, Jalan Sultan Mahmud 20400, Kuala Terengganu, Terengganu, MALAYSIA

Tel : 09-625 1131, 626 1131
Faks : 09-623 1131

Emel :
yayasandirajasultanmizan@gmail.com
media.ydsm@gmail.com